Sajer

Saturday, September 26, 2015

Azam Baru Bukan Di Awal Tahun.....

Memanfaatkan masa.........

Hari ini hari kedua sambutan Hari Raya Haji 1436.  Penuhkan waktu cuti hanya dengan tidur, menggantikan malam-malam beberapa minggu lepas.  Dan, terjumpa pula buku catatan mengenai laman-laman blog yang pernah buat dahulu, ketika itu tiada ws, wc dan yang seerti dengannya.

Mula melihat kembali blog-blog yang pernah dibuat.  Terasa kagum dengan diri sendiri waktu-waktu itu yang  boleh menguruskan hampir 5 buah laman  blog tidak termasuk laman fb.  Dan dengan azam baru (walaupun belum masuk tahun baru), ingin menguruskan blog-blog ini kembali, tetapi dengan tema-tema yang tersendiri.

Mudah-mudahan ianya berterusan dan tidak terhenti ditengah jalan.  Semoga ia dapat memenuhkan masa lapang disamping tidak sibuk dengan ws dan wc yang dirasakan agak kurang manfaatnya.

InsaAllah.........

Tuesday, April 12, 2011

Upah pukul menantu

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Georgie Joseph
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Kerana mementingkan darjat seorang wanita berusia 50-an didakwa sanggup mengupah sekumpulan tiga samseng bagi membelasah menantunya di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih kejam, wanita terbabit turut mengarahkan kumpulan samseng itu untuk memaksa lelaki berkenaan berusia lewat 20-an supaya menceraikan isteri yang juga anak kandungnya berusia awal 20-an.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan wanita terbabit kerana tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan berkenaan sejak enam bulan lalu kerana hanya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di ibu kota dan tidak mampu memberikan kemewahan kepada anaknya itu, selain tidak setaraf dengannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa cedera pada kepala dan badan selepas dibelasah lebih 30 minit

Sambungan klik sini

Catatan:

1.  Bila harta jadi ukuran.
2.  Bila enggang dan pipit ingin terbang bersama.....
3.  Bila budi dan emas tak sama nilainya ....

Sunday, April 3, 2011

Mereka berfikiran kolot - Zahida

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

MUNGKIN tujuannya baik, untuk meraikan orang yang disayangi, namun menjadi kontroversi gara-gara tiada sifat sensitif.

Itu yang berlaku pada sambutan majlis hari jadi Erma Fatima yang kemudiannya bertukar menjadi kontroversi hangat.

Pancaindera minggu lepas mendedahkan aksi tarian separuh bogel dan lucah oleh sekumpulan maknyah pada majlis hari jadi Erma. Tetapi Erma pada Selasa lalu memberi reaksi kepada Utusan Malaysia bahawa persembahan itu bukan lucah tetapi lucu.

Ternyata majlis yang dikatakan penuh dengan elemen kejutan itu bukanlah sekadar majlis makan malam biasa.

Ada pula adegan seorang mak nyah berpakaian seksi bergetah, tetapi bertudung yang sekaligus dikaitkan sebagai cuba untuk membuat provokasi kurang bijak kepada wanita muslim.

Meskipun mengaku tidak tahu menahu mengenai penganjuran majlis yang sebegitu, namun Erma tidak terlepas daripada kritikan kerana senada dengan majlis tersebut.

Difahamkan, majlis tersebut telah dianjurkan oleh salah seorang anak angkat Erma sendiri bagi meraikan pengarah wanita imej bertudung dan banyak menghasilkan karya-karya menjurus kepada Islam.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh sahabat baik Erma, Zahida Rafik, yang turut hadir pada malam itu.
Menurut Zahida, dia yang hadir menerusi jemputan adik Erma, pelakon Umie Aida, langsung tidak menyangka akan ada persembahan sebegitu. Sebagai tetamu, dia tidak mungkin akan beredar begitu sahaja meninggalkan majlis.

“Takkanlah saya nak tinggalkan majlis macam tu sahaja sedangkan yang diraikan itu adalah sahabat saya sendiri.

“Ya, memang saya akui, perkara ini dah jadi satu isu sebab persembahan pada malam itu telah dibuat oleh golongan mak nyah. Bila sebut mak nyah, semua orang dalam dunia ini tahu bahawa mereka ini adalah lelaki.

“Tetapi pada saya persembahan seperti itu tak salah sebab mereka itu bukan wanita tulen. Kalau persembahan itu dilakukan oleh wanita tulen, itu baru kita boleh cakap keterlaluan,” kata Zahida.

Menyifatkan golongan yang memperbesarkan isu berfikiran kolot, kata Zahida persembahan begini bukanlah kali pertama di Malaysia.

“Banyak lagi persembahan yang mirip begini dipertontonkan dalam kebanyakan majlis tertutup di negara kita ini. Kenapa yang ini sahaja yang menjadi sasaran?

“Lagipun secara logiknya, mereka yang membuat persembahan itu pun bukanlah wanita yang berpakaian seksi, tetapi mak nyah.

“Jangan salahkan golongan ini kerana mereka memang cari makan dengan membuat persembahan begini dan ia tidak patut disalahertikan.

“Lagi satu, jangan pula lemparkan semua kesalahan kepada Erma kerana dia adalah orang yang diraikan dan dia tidak tahu mengenai kejutan itu,” pinta Zahida

Berita penuh klik sini

Catatan

1.  Teringat masa kat Terengganu dulu ada satu prasa yg selalu digunakan di sana, "Kata tak kena, tak kata tak kena ....!!"
2.  Teringat pula kata ustaz kat sekolah menengah dulu, "Kalau tak tahu satu-satu perkara, jangan cakap...!!"