Sajer

Sunday, April 3, 2011

Mereka berfikiran kolot - Zahida

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

MUNGKIN tujuannya baik, untuk meraikan orang yang disayangi, namun menjadi kontroversi gara-gara tiada sifat sensitif.

Itu yang berlaku pada sambutan majlis hari jadi Erma Fatima yang kemudiannya bertukar menjadi kontroversi hangat.

Pancaindera minggu lepas mendedahkan aksi tarian separuh bogel dan lucah oleh sekumpulan maknyah pada majlis hari jadi Erma. Tetapi Erma pada Selasa lalu memberi reaksi kepada Utusan Malaysia bahawa persembahan itu bukan lucah tetapi lucu.

Ternyata majlis yang dikatakan penuh dengan elemen kejutan itu bukanlah sekadar majlis makan malam biasa.

Ada pula adegan seorang mak nyah berpakaian seksi bergetah, tetapi bertudung yang sekaligus dikaitkan sebagai cuba untuk membuat provokasi kurang bijak kepada wanita muslim.

Meskipun mengaku tidak tahu menahu mengenai penganjuran majlis yang sebegitu, namun Erma tidak terlepas daripada kritikan kerana senada dengan majlis tersebut.

Difahamkan, majlis tersebut telah dianjurkan oleh salah seorang anak angkat Erma sendiri bagi meraikan pengarah wanita imej bertudung dan banyak menghasilkan karya-karya menjurus kepada Islam.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh sahabat baik Erma, Zahida Rafik, yang turut hadir pada malam itu.
Menurut Zahida, dia yang hadir menerusi jemputan adik Erma, pelakon Umie Aida, langsung tidak menyangka akan ada persembahan sebegitu. Sebagai tetamu, dia tidak mungkin akan beredar begitu sahaja meninggalkan majlis.

“Takkanlah saya nak tinggalkan majlis macam tu sahaja sedangkan yang diraikan itu adalah sahabat saya sendiri.

“Ya, memang saya akui, perkara ini dah jadi satu isu sebab persembahan pada malam itu telah dibuat oleh golongan mak nyah. Bila sebut mak nyah, semua orang dalam dunia ini tahu bahawa mereka ini adalah lelaki.

“Tetapi pada saya persembahan seperti itu tak salah sebab mereka itu bukan wanita tulen. Kalau persembahan itu dilakukan oleh wanita tulen, itu baru kita boleh cakap keterlaluan,” kata Zahida.

Menyifatkan golongan yang memperbesarkan isu berfikiran kolot, kata Zahida persembahan begini bukanlah kali pertama di Malaysia.

“Banyak lagi persembahan yang mirip begini dipertontonkan dalam kebanyakan majlis tertutup di negara kita ini. Kenapa yang ini sahaja yang menjadi sasaran?

“Lagipun secara logiknya, mereka yang membuat persembahan itu pun bukanlah wanita yang berpakaian seksi, tetapi mak nyah.

“Jangan salahkan golongan ini kerana mereka memang cari makan dengan membuat persembahan begini dan ia tidak patut disalahertikan.

“Lagi satu, jangan pula lemparkan semua kesalahan kepada Erma kerana dia adalah orang yang diraikan dan dia tidak tahu mengenai kejutan itu,” pinta Zahida

Berita penuh klik sini

Catatan

1.  Teringat masa kat Terengganu dulu ada satu prasa yg selalu digunakan di sana, "Kata tak kena, tak kata tak kena ....!!"
2.  Teringat pula kata ustaz kat sekolah menengah dulu, "Kalau tak tahu satu-satu perkara, jangan cakap...!!"

0 comments:

Post a Comment