Sajer

Saturday, February 20, 2010

anjing-kurap


Maaf kerana menggunakan tajuk yang kurang disenangi untuk blog ini.

Tetapi hina sangatkah anjing-anjing kurap ini? Anjing itu sendiri pun kita sudah memandangnya dengan pandangan yang menjijikkan, apatah lagi anjing yang mempunyai kurap.

Percayalah, bahawa sesungguhnya anjing tidak pernah diminta untuk dijadikan seekor anjing dan mereka juga tidak meminta untuk mempunyai kurap.

Mereka tidak dijadikan hina. Mereka hanya haiwan ciptaan Allah. Kalau benarlah mereka ini hina, di manakah hina mereka? Pernahkah mereka mengumpat, merompak, merosakkan kehidupan anjing-anjing lain, berdusta, hasat dengki, menjatuhkan maruah anjing-anjing lain, menipu dan juga bla bla bla....?

Saya ingin melihat anjing kurap dari sudut yang positif. Dan kemudian kita bandingkan tingkahlaku kita dengan anjing; siapa yang lebih mulia?

0 comments:

Post a Comment