
Tersentuh melihat sekeping gambar di sebuah akhbar tempatan beberapa hari yang lepas. Seorang suami memandikan isterinya yang sakit; dan mereka tidak lagi dipedulikan oleh anak-anak mereka.
Kita buat andaian; ayah dan ibu ini telah melakukan 'kesilapan' yang membuatkan anak-anak mereka merajuk lalu mereka dipinggirkan. Tetapi haruskah 'kesilapan' mereka ini dihukum sehingga mereka disisihkan? Andai kata mereka dahulu juga merajuk dengan 'kesilapan' anak-anak semasa mereka kecil dahulu; apakah yang telah terjadi dengan anak-anak mereka sekarang?
Kita kadang kala terlupa untuk mengucapkan terima kasih! Dan juga, terlupa untuk mengenang jasa yang pernah seseorang berikan kepada kita. Kita kekadang merasakan bahawa semua yang kita dapat adalah HAK kita!

0 comments:
Post a Comment