Sebuah syarikat telah menggaji beberapa orang kanibal (orang makan orang) untuk bekerja di sebuah kilang. "Kamu sekarang adalah sebahagian daripada keluarga kami," kata pengurus bahagian sumber manusia ketika meraikan mereka pada hari pertama. "Kamu akan mendapat hak seperti pekerja-pekerja lain, gaji pada setiap awal bulan, makan di kantin pada waktu rehat secara percuma tetapi ingat, jangan makan rakan-rakan sekerja kamu di sini!"
Beberapa bulan kemudian, penyelia kepada kanibal telah berkata kepada kanibal tersebut di dalam satu perhimpunan pagi khas untuk mereka. "Saya puji kamu semua kerana bekerja sangat baik. Tetapi syarikat kita ada sedikit masalah kerana kerani kewangan telah beberapa hari tidak datang, ia menjejaskan pengeluaran syarikat kita kerana urusan pembelian dan pembayaran tergendala. Ada sesiapa yang tahu di mana kerani itu berada sekarang?" Semua kanibal menggeleng-gelengkan kepala.
Selepas penyelia itu meninggalkan mereka, ketua pekerja kanibal bertanya kepada kanibal, "Siapa diantara kamu yang telah memakan kerani kewangan tersebut?" Salah seorang daripada mereka telah mengangkat tangan. "Bangang ......!! Hampir dua minggu kita telah memakan Pengurus Besar kita, tiada siapa pun yang sedar. Tetapi sekarang kamu telah memakan orang yang sangat penting di dalam syarikat....!!"
Moral:
Kita penting dan hebat kerana peranan dan tugas kita; bukannya PANGKAT....!!!

0 comments:
Post a Comment