Sajer

Sunday, January 9, 2011

Kekal menawan pikat suami



Oleh ISMA ISMAIL dan MOHD RAZLAN SALLEH
metahad@hmetro.com.my




INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.


SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.


Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.


“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.


Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

Sambungan klik sini.

Catatan:

1.  Berapa ramai wanita seperti Mansura?
2.  Kesetiaan seorang wanita kadang kala dianggap satu "kebodohan".
3.  Alasan wanita sekarang berkerjaya, tidak punya masa untuk melayan suami.
4.  Alasan lain seperti, "... dah tua...", "...makin mengada-ngada...", "... malulah kat cucu ....",  ".. tak ada kerja lain ker?.....",  ".... dah buang tabiat aper orang tua ni ....!!"  dan bla bla bla adalah RACUN dalam rumah tangga.
5.  Semua isteri seharusnya MANSURA.
6.  Isteri sebenarnya ada KUASA penjinak .............., hanya mereka tidak tahu menggunakannya.......!!!!

 

0 comments:

Post a Comment