Tiba-tiba Tanggang kembali ke kampung halamannya........
Beliau berpeluk serta bertangisan dengan ayah dan ibunya kerana rindu yang amat sangat. Beliau memperkenalkan kedua-dua isterinya kepada ayah dan ibunya. Mereka juga saling berpelukan dan bertangis-tangisan.
Malam itu seluruh desa berpesta menyambut kepulangan Tanggang! Tanggang adalah anak yang baik dan mengenang budi......!
Katakan begitulah cerita Si Tanggang, apakah kisah Tanggang akan dibukukan?
Adakah sebenarnya, KITA memang suka cerita-cerita yang negatif? ..... untuk kita ceritakan pada anak-anak kita?
Ubahlah kisah Tanggang. Ubahlah kisah Batu Belah Batu Tertangkup. Dan, ubahlah kisah Lebai Malang, Pak Kaduk dan ribuan kisah dongeng yang pernah kita dengar...... ia sedikit sebanyak telah mendidik KITA menjadi bangsa yang berfikiran negatif .......!
Sunday, March 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment