Sajer

Tuesday, May 11, 2010

Kita Hanya Insan Biasa


Kita kadangkala merasakan diri kita hebat. Hebat kerana pangkat yang kita dapat. Hebat kerana kelulusan yang kita ada. Hebat kerana harta yang kita punya. Hebat kerana 'sedikit' kelebihan yang kita miliki berbanding dengan orang lain.

Malah kita kadangkala merasakan diri kita hebat hanya kerana misai kita lebat sedikit berbanding orang lain. Atau saudara sebelah datuk saudara kita orang kenamaan. Apatah lagi sedikit kelebihan yang kita punyai kita merasakan kita adalah manusia agung, walaupun kelebihan itu kadangkala tidak memberi makna pada orang lain.

Ingatlah, kita sebenarnya sama sahaja. Kejadian kita juga sama. Tiada yang lahir dari tempurung kelapa, ataupun dibawa turun dari kayangan oleh burung cenderawasih, atau juga di bawa arus oleh Sungai Nil!

Kehebatan kita kerana budi bahasa, merendah diri, menghormati orang lain, menutup aib sesama manusia, nasihat menasihati, menerima dan memberi teguran, sabar, mengakui kesilapan diri sendiri, bla bla bla bla .............

Renung-renungkanlah, kejadian kita tidak lebih dari haiwan; maka sedarlah yang membezakan kita dengan haiwan ialah ................

0 comments:

Post a Comment