Setiap tahun kita menghitung usia. Setiap kali kita menyambut hari kelahiran, kita akan menambah angka usia kita. Dan, biasanya kerana keghairahan kita menyambut 'pesta' sambutan hari kelahiran, kita tidak pernah merasa apa-apa dengan angka usia kita!
Bagaimana kalau kita ubah cara menghitung usia kita? Kita buat satu 'andaian' jangkaan usia kita berdasarkan kesihatan semasa kita. Katakan kita akan 'mati' ketika berusia 60 tahun. Kemudian mulalah kita menghitung berapa lama lagi kita akan hidup.
Seandainya usia kita sekarang 40 tahun, 'ingatlah' kita hanya ada 20 tahun lagi untuk hidup.
Jika selalunya orang biasa bertanya, 'berapakah usia anda?'; mengapa tidak hari ini kita mulakan bertanya, 'berapa lama lagikah anda akan hidup?'.

2 comments:
slmt berpuasa
..semuga puasa kali ini mendidik kita menjadi lebih sabar...
Post a Comment