Sajer

Sunday, August 29, 2010

Silap Mata

Seorang ahli silap mata mempersembahkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di Lautan China Selatan. Penontonnya sentiasa berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulangi tipu helah yang sama.

Masalah tukang silap mata hanya seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal tersebut yang selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan mengetahui segala helah yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

"Lihat.. !! Itu bukan topi yang sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya, daun A !! "

Si ahli silap mata sangat marah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kemalangan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama Si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dengan penuh kebencian tetapi tidak mengucapkan satu patah perkataan pun. Hal ini berlangsung beberapa hari. Si ahli silap mata pun hairan kenapa Si burung kakak tua tidak mahu terbang menyelamatkan diri.

Setelah satu minggu, tiba-tiba Si burung berkata. "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"

0 comments:

Post a Comment