Sajer

Tuesday, August 31, 2010

Tiga kali je...

Pada satu malam, sepasangan suami isteri yang sudah berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang yang berpangkat dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya.

"Yang, selama kita berkahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyangi Ayang, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Ayang curang dengan abang selama ni?"

Si Isteri agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Ayang mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya tiga kali sahaja selama ni"

"Tiga kali?" Si Suami agak terkejut, tapi menahan kemarahannya, kerana mereka sudah tua dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi tiga kali tu Yang?"

Perlahan jer la Si Isteri mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab Si Suami. Si Isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Ayang telah pergi berjumpa dengan pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Ayang kerana apa yg Ayang buat tu untuk masa depan kita jugak", kata Si Suami, " Kali ke dua pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak?" Si Isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab Si Suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Ayang ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh Ayang, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Ayang sebab apa yg Ayang buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke tiga macam mana pulak? ", kata Si Suami. Si Isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

2 comments:

Dee said...

haha..lawak

Mind Me said...

bolehla plak...terok tol..ahhaah

Post a Comment