Seorang lelaki mabuk keluar dari sebuah bar. Kerana terlalu mabuk dia tidak mampu untuk memandu keretanya. Pemilik bar lalu memanggilkan teksi untuk menghantar lelaki itu pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan lelaki mabuk itu memberikan petunjuk yang tidak tepat mengenai tempat di mana rumahnya berada. Mereka berputar-putar sekeliling kota, namun lelaki itu masih belum mampu menunjukkan arah rumahnya yang sebenar...
Namun, tiba-tiba lelaki mabuk itu seperti tersedar dari kemabukannya. Ketika mereka melewati sebuah kawasan perniagaan besar, lelaki itu tersenyum dan berkata, "Ah, baru aku ingat! Itu adalah kedai pakaian di mana isteriku suka membeli baju."
Ketika mereka melewati sebuah pusat rekreasi.. dia menjerit.. "Nah, itu adalah tempat aku dan isteriku biasa bersantai setiap petang..!!."
Ketika mereka tiba di sebuah kawasan perumahan elit, lelaki itu menunjuk sambil berkata.. "Nah, inilah perumahan tempat aku dan keluargaku tinggal. Kita sudah hampir sampai."
Tak lama kemudian mereka melewati sebuah rumah baru yang mewah dan besar. Lelaki itu berteriak.. "Stop, itu adalah rumahku.!!"
Ketika mereka mendekati rumah itu.. muncul sebuah kereta mewah memasuki halaman rumah itu. Dari dalam kereta itu keluar seorang wanita cantik dan seksi. Lelaki itu berbisik dengan pemandu teksi, "Lihat, itu adalah isteriku. Bukankah dia begitu cantik sekali…?”
Lalu dari dalam rumah itu keluar seorang lelaki tampan berbadan besar menyambut sambil memeluk wanita itu dengan mesra. Melihat hal itu, lelaki mabuk itu terus berkata dengan megahnya, “……ah tengok lelaki tampan itu, itulah aku….!!!!!”
Wednesday, September 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
apalah....itulah mabuk lagi....
hampeh betol
Post a Comment