Man begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan TV, ketika isterinya masuk lalu berkata, "bang, lampu di depan rumah dah terbakar, gantilah yang baru ye!".
"Pasang lampu?!!, kamu fikir saya ni pekerja TNB ke?" jawab Man.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang betulkan paip air kat bilik air tu sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Man lagi.
"Betulkan paip?, kamu ingat saya ni wakil Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Man mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Man lagi.
"Sorry bebanyak ler, saya tak kerja dengan Petronas,” jawab Man lagi dengan sinis.
Kerana merasa terganggu Man terus keluar ke rumah sahabatnya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi, Man pun pulang ke rumah. Dia merasa hairan apabila mendapati lampu di depan rumahnya terang benderang. Bila Man masuk ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Dan apabila dia ke dapur didapati tong gas juga sudah berganti.
Pada keesokan paginya Man bertanya kepada isterinya "Awak minta tolong siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki lalu di depan rumah kita, dia tanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-gala kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".
"Apa syaratnya?", tanya Man ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada masak atau tidur bersamanya.”
" Jadi awak masak apa untuk dia?", tanya Man.
"Masak...?!!! Awak ingat saya ni tukang masak ke...?!!!"
Tuesday, September 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hahaha pernah dengar lawak ni tapi versi omputeh, pilih tidur atau buat kek, bini dia jawab "i'm not a baker." he he he
kene balik laki die..haha
kah2..
Post a Comment