Sajer

Sunday, December 12, 2010

Angkara cinta tiga segi


Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara isterinya sendiri.  Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River, Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu.

Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira pukul 5 pagi pada 11 November lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan hilang ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala dan turut mengalami kecederaan di kaki disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang dikatakan kekasih kepada isterinya.

Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka panik melihat mangsa cedera parah.
Catatan:

No komen ......!!!!

0 comments:

Post a Comment