Sajer

Saturday, December 11, 2010

Suami cekup isteri curang

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



ALOR SETAR: Geram kerana isterinya berlaku curang, seorang suami bukan saja nekad menghubungi Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal), tetapi turut menampar isterinya yang berusia 36 tahun bersama pasangannya berusia 50 tahun ketika mereka ditahan pihak berkuasa itu kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berusia 50 tahun yang berseluar panjang dan tidak berbaju membukanya lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Lelaki itu memberi alasan terpaksa membuka baju kerana basah kuyup akibat hujan ketika dalam perjalanan ke rumah wanita itu dengan menunggang motosikal.

“Hasil pemeriksaan menemui wanita terbabit yang memakai baju dan seluar ketat berada di dalam rumah itu dan dalam keadaan takut selepas mendapati suaminya turut berada bersama kami,” katanya.

“Suspek lelaki yang ditahan itu memberi alasan dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik sendiri dan kerap menghantar makanan serta memberi wang kepadanya.

Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri serta tiga anak tetapi kerap ke rumah ‘adik angkatnya’ itu untuk berkongsi kasih sayang antara abang dan adik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Catatan:

Kita yg semakin JAUH dariNya atau dunia yang sudah HAMPIR ke penghujung?

0 comments:

Post a Comment