Sajer

Thursday, December 30, 2010

Isteri, anak lesap

KUALA LUMPUR: Seorang suami bimbang keselamatan isteri dan anak tunggalnya yang menghilangkan diri sejak empat bulan lalu sehingga kini masih belum ditemui meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk menjejakinya.

Ameruddin Abdul Kahar, 38, berkata isterinya, Nor Afidah Ahmad, 36, berasal dari Kodiang, Kedah, dipercayai menghilangkan diri selepas mengambil anaknya, Aisyah Nur Ain, 8, dari sekolah, 18 September lalu.

“Saya sedar kehilangannya selepas pulang ke rumah petang itu dan melihat mereka tiada di rumah dengan membawa pergi semua dokumen penting serta pakaian.

Dia mengesyaki kehilangan ‘misteri’ isteri dan anaknya itu mempunyai kaitan dengan keluarga mentuanya sejak beberapa bulan lalu cuba memisahkan mereka.

“Keluarga mentua mula tidak menyukai saya selepas mengetahui pendapatan keluarga kami berkurangan selepas saya bertukar kerja.


“Saya berani cakap macam itu sebab pada 2005, dia pernah hilang tetapi dijumpai semula dan hanya mengenali saya selepas saya bersalam dan mengucup dahinya. Jika saya tak berbuat demikian, sampai bila pun dia tak akan kenal saya,” katanya yang menjumpai isterinya di kampung.  Dia mendakwa, isterinya seperti ditundukkan kuasa kawalan minda yang kuat sehingga membuatkannya melupai dirinya.

Justeru, dia berharap agar isterinya pulang bersama anak kerana begitu merindui mereka.

Catatan:

Apabila harta, pangkat dan kekayaan dijadikan ukuran sebagai penentu kebahagiaan, manusia akan melakukan apa sahaja.  Kekadang kita lupa, sebenarnya DUNIA ini hanyalah sebuah fatamorgana dan apa yang kita PUNYA di dunia ini, BUKAN milik kita.....!!!!

0 comments:

Post a Comment