Sajer

Saturday, January 1, 2011

Sanah sedia jadi teman hidup Ahmad

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my
01 Januari 2011

SANAH (kanan) bersama anaknya, Sabaha membaca kisah
mengenai Ahmad yang disiarkan akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Hasrat seorang lelaki warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa untuk mendirikan rumah tangga mungkin tercapai selepas seorang wanita di sini terpaut hati padanya.
Wanita itu, Sanah Ahmad, 82, yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu, menyatakan kesediaan untuk bersuamikan warga emas itu selepas membaca kisahnya dalam akhbar Kosmo! pada Rabu lalu.
Menurut Sanah, hatinya berdebar apabila menatap gambar Ahmad yang disifatkannya saling tak tumpah seperti arwah suami keduanya yang merupakan bekas tentera.
“Saya faham kesunyian yang dialami oleh Ahmad kerana saya sendiri pun sunyi tinggal seorang diri di rumah ini,” katanya ketika ditemui di Flat Desa Rejang, Setapak di sini semalam.

Catatan:
Kasih sayang, rindu dendam serta cinta bukan ciptaan manusia; tidak boleh dijualbeli, tidak boleh dipaksa serta tidak sekadar mainan kata-kata.  Hargainya dengan sepenuh hati, jangan dipermainkan dan jangan dipersiakan. 
Semoga perkahwinan diantara Ahmad dan Sanah (jika terjadi), akan berkekalan hingga akhir hayat ...!!

4 comments:

Dr Zaira said...

waaaaa :) masing2 sunyi... perlukan teman. baguslah :)

blog mama said...

hai ayah ;DD
cuba teka sapa ...

sugar2 kapas strawberry said...

nmpk muda je laki tuh

sugar2 kapas strawberry said...

ohh anak dia..hehehhe.silap baca

Post a Comment