Sajer

Sunday, December 5, 2010

Keputusan seorang ayah

Sepasang suami isteri sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.  "Siapa si bedebah tu," jerit ayah, sedang Si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun menelefon teman lelakinya.  Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah.  Seorang lelaki separuh umur keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah.

Lelaki itu berdepan dengan ibu dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.  Dia berkata, "Sayalah lelaki yang telah menghamili anak anda.  Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tidak membenarkannya. Bagaimanapun, saya tetap bertanggungjawab di atas perbuatan saya.  Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan hadiahkan untuknya sebuah rumah banglo dan wang tunai RM2 juta.  Sekiranya dia melahirkan anak lelaki pula, saya akan hadiahkan dua buah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta.  Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Si ayah berfikir seketika manakala Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu Si ayah berkata,  "Kalau cam tu awak wat lagi ler sampai jadi .......!!"

1 comments:

DAUD said...

bapak dia bodoh.
patutnya suh diorang bertaubat

Post a Comment