Sajer

Monday, December 6, 2010

Ragut nak pujuk isteri

Harian Metro
06.12.2010 (Isnin)
Oleh Shahrul Nizam Mohamad

KUALA LIPIS: Akibat terdesak mendapatkan wang bagi memujuk isteri yang lari dari rumah kerana merajuk, seorang lelaki nekad melarikan dua rantai leher bernilai RM15,000 milik ahli perniagaan wanita di kedai emas di Jalan Besar Lipis, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Felda Damak, dekat Jerantut, diberkas dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Berikutan penahanan lelaki terbabit, dua anggota polis itu menemui dua rantai leher yang masih digenggam sebelum dia dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.

“Ketika soal siasat dijalankan, lelaki terbabit mendakwa terpaksa melakukan kegiatan terbabit kerana terdesak mendapatkan wang bagi memujuk isteri yang membawa lari tiga anak kerana dikatakan merajuk,” katanya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, lelaki terbabit belum pernah mencatat rekod jenayah sebelum ini ditahan di IPD Lipis untuk siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit.

Catatan:

"Cinta" dan "pengorbanan" seorang suami terhadap isterinya, sanggup melakukan apa sahaja.  Persoalannya, sanggupkah Si Isteri selepas ini menjamin suaminya di balai polis?

0 comments:

Post a Comment