Sajer

Sunday, January 2, 2011

Keluarga porak-peranda

TUMPAT: Ketika rakan sebaya sibuk membuat persiapan untuk sesi persekolahan baru, bermula esok, keseronokan serupa tidak langsung dirasai lima daripada lapan beradik, gara-gara ibu kandung mereka curang dan hidup dengan teman lelakinya.

Hanya persiapan ala kadar mampu disediakan bapa mereka kerana terpaksa memikirkan masalah rumah tangga, selain kecewa dengan tindakan seorang daripada anak gadisnya berusia 17 tahun yang tinggal di rumah kekasihnya di Kuantan, Pahang.

Lima anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun terpaksa berdikari dengan melakukan kerja mencuci dan menggosok pakaian sekolah kerana tugas berkenaan tidak lagi dilakukan ibu mereka yang menghilangkan diri.

Dalam menjalankan tugas di pejabat, bapa terbabit juga terpaksa menyediakan sarapan pagi untuk semua anaknya dan mendaftarkan mereka di sekolah berdekatan kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran.


Catatan

Biarkan ibu dengan labu-labunya.  Sebagai anak, jangan banyak buat alasan untuk menjejak langkah ibu.  Kasihanilah ayah.  Jadikan iman dan akal yang waras untuk meneruskan kehidupan.  Sepatutnya ia dijadikan pendorong utk membakar semangat memburu kejayaan, jadikan ia sebgai perisai utk membuktikan kesetiaan buat ayah serta pendinding dari godaan dan nafsu di sekeliling.

Sayangnya, hari ini manusia gemar mencari helah bela diri dengan menyalahkan orng lain termasuk ayah, ibu, guru dan masyarakat kerana kegagalan mereka.  Sepatutnya semua peristiwa sedih dan duka, sakit dan payah serta pahit dan maung menjadikan kita KEBAL kepada semua halangan dan rintangan yang mendatang dalam mendapatkan kejayaan...!!!!

0 comments:

Post a Comment