Sajer

Sunday, January 30, 2011

Rahsia pak cik power

Oleh MOHD HARZRUL AMINUDDIN
harzrul@hmetro.com.my


SEGAMAT: Percaya atau tidak, lelaki berusia 97 tahun ini masih terang penglihatannya serta mampu pergi ke kebun serta bercucuk tanam selain memandu kenderaan, termasuk kereta mahupun motosikal, tanpa berteman.
Daya ingatannya juga masih tajam selain mengingati detik bersejarah negara, termasuk perjuangan Melayu dalam menentang Malayan Union sekitar 1948.

Alias Bujal tidak mengamalkan apa-apa senaman istimewa, malah tidak pernah menuntut ilmu pusaka yang berkebolehan tinggi.
Dia hanya mengamalkan pengambilan makanan berasaskan sayuran, termasuk ulam-ulaman seperti pucuk paku, ulam pegaga, ulam raja, petai dan jering.

Beberapa jenis ulaman berkenaan diamalkan warga emas itu setiap hari, malah dia mengakui sayuran kampung itu adalah petua serta kunci utama untuk sentiasa sihat selain lanjut usia.

Lebih menarik lagi, Alias turut menjadikan ulam-ulaman sebagai minuman harian yang diambil bersama madu lebah dan juga telur ayam kampung secara mentah.

Sambung klik sini

Catatan:

1.  Seorang pelancong dari Perancis pernah membuat ulasan tentang rakyat Malaysia. " ....... saya lihat orang Malaysia makan bukan kerana lapar .......!".
2.  Kebanyakan kita tidak ada displin tentang makanan.  Sila lihat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
3.  Punca kematian hari ini kebanyakan disebabkan oleh makan.
4.  Jadikan puasa sebagai amalam........!!

2 comments:

amin said...

kene bnyk makan ulam lepas nih..

Anonymous said...

hebat rr pakcik tu...

Post a Comment