Sajer

Thursday, February 3, 2011

Nikah tebus hutang karpet

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

OPERASI...penjual karpet warga asing di Jitra.
OPERASI...penjual karpet warga asing di Jitra.

ALOR SETAR: “Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang.
“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29.

Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.
“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat.

“Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.
Sambungan klik sini
Catatan:
1.  Aku pun nak jual karpet pulaklah lepas ni .......
2.  Sebenarnya masih ada di antara kita ni (baca: masyarakat Melayu), yg fikirannya tk berubah semanjak zaman jepun dulu lagi.  Suka berhutang pada benda yg tak perlu, suka bergadai, suka berhibur tk kira masa, suka menunjuk2, dan bla bla bla. 
3.  Kena lah berubah.  Ambillah sedikit masa, bacalah buku yg ditulis oleh "Azizi Ali" (bukan mengiklan buku beliau), tetapi banyak perkara yg kita boleh belajar darinya .....
4.  Renung-renungkan.  Banyakkan membaca ......!!



0 comments:

Post a Comment