Sajer

Friday, February 4, 2011

Perbuatan zaman jahiliah

Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Perbuatan itu bukan saja bercanggah dengan ajaran Islam, al-Quran dan ittifaq ulama atau kesepakatan ulama, tetapi bercanggah dengan tabiat semula jadi manusia yang disifatkan sebagai amalan ketika zaman jahiliah,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.
Beliau mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai pengarah sebuah syarikat yang mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak selepas menjalinkan hubungan bersama seorang pengkid.

Selain melakukan hubungan terlarang, wanita yang dikenali sebagai Julia, 30-an, turut menghabiskan wang ringgit dan harta benda lebih RM500,000 kepada pengkid itu. Noh berkata perbuatan itu dosa besar dan wanita itu perlu segera bertaubat dengan melakukan taubat nasuha mengikut syarat ditetapkan Islam seperti berhenti melakukan perbuatan itu serta-merta dan menyesali dengan tidak mengulangi perbuatannya.

“Selain memohon keampunan Allah SWT dan melakukan perbuatan yang baik, individu itu perlu memohon maaf kepada bekas suami, anak-anaknya dan kedua ibu bapanya serta ahli keluarganya di atas perbuatannya.

Sambung klik sini

Catatan:

1.  Jalan ceritanya mudah;  ada manusia buat jahat, buat dosa, lupa tanggungjawab, dan bla bla bla. 
2.  Cerita buruknya keluar dlm suratkhabar, dan dia mengaku telah insaf.
3.  Esoknya keluar kenyataan dari orang-orang ilmuan, termasuk ahli agama, kaunselar, ahli masyrakat, pendidik, org2 terpengaruh dan sebgainya:  "... bertaubatlah.." : "...kembalilah ke pangkal jln...." :  ".. mintaklah ampun... "  :  ".... mengikut teori seorng pakar kaunselar, org ini mngalami sindrom ....."  :  " .... kita mintak setiap ahli masyarakt ....."  :  ".... setiap ibu bapa dan guru, seharusnya memainkan peranan penting ...."  :  ".... bla bla bla bla ....." 
4.  Tolonglah .......!!!  Hari ini kita bukan mahu nasihat berbentuk kutbah, ataupun ceramah ataupun hukuman; kita mahu tindakan......  Jgnlah duduk kat pejabat berhawa dingin lalu memberi berbagai nasihat dari jauh ....... 
5.  Semua harus memainkan peranan, bagaimana?  Bukan dgn kata-kata tetapi dengan tindakan...!!

0 comments:

Post a Comment