Sajer

Friday, October 1, 2010

Pontianak tiga bersahabat

Tersebutlah kisah tiga ekor pontianak. Mereka ingin menunjukkan siapa yang paling hebat. Mereka pun mengadakan pertandingan memburu manusia.  Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan, lalu dia pun terbang dengan pantas. Tidak sampai dua minit diapun balik dengan mukanya penuh dengan darah.

Dia terus berkata : "Engkau nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Dua ekor pontianak itu menganguk dan berkata, "iya nampak.” "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!" kata pontianak muda itu dengan megahnya.

Meluat juga dua ekor pontianak itu dengan keangkuhan pontianak muda tersebut. Kini giliran pontianak yang setengah abad itu pula. Dia pun terbang secepat kilat , tidak sampai satu minit dia pun balik, mukanya juga penuh dengan darah.

"Engkau nampak bandar tu ?", katanya dengan angkuh. "Iya, nampak", jawab dua ekor pontianak. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yang setengah abad sambil ketawa sekuat hati,"

Pontianak yang satu lagi tambah panas, dia pun ingin menunjukkan kehebatannya.. Dia pun terbang lebih cepat dari kilat, terperanjat dua sahabatnya, kerana tidak sampai setengah minit dia sudah balik, dengan penuh darah di mukanya.

Lalu kedua ekor pontianak itu berkata, "memang dia tersangat hebat!!". Sambil mengosok-gosok hidungnya pontianak tu pun berkata , "Engkau nampak tembok batu tu ?" "Nampak! Nampak!", jawab dua ekor pontianak tersebut.

"Err….. aku tadi tak nampak plak…. !!!!".

2 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

hahaha..lawak seyh..

DAUD said...

haha, sengal...

jemput2 singgah blog aku ye

Post a Comment