Sajer

Tuesday, December 7, 2010

Mujur tak sempat bertunang

Oleh Michelle Gun
am@metro.com.my 
                                                                                                                        
SIBU: Hasrat seorang gadis mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya terpaksa dibatalkan selepas majlis pertunangan yang diadakan di Sungai Menyan di sini, dihalang isteri lelaki berkenaan yang sedang mengandung empat bulan, semalam.

Menurut sumber, lebih malang, gadis berusia 20-an yang bekerja di sebuah farmasi sekitar bandar ini diberitahu kekasihnya itu sebenarnya pemandu lori dan bukan guru sekolah seperti didakwanya sebelum ini. Difahamkan, sebelum ini, lelaki berusia lewat 20-an berasal dari Sungai Assan itu memberitahu wanita terbabit yang dia masih bujang dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di bandar Sibu.

Merasakan dirinya ditipu, gadis terbabit dan keluarganya membatalkan majlis pertunangan itu dan membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit, semalam. Bagaimanapun, selepas mengetahui pertunangan mereka dibatalkan, lelaki terbabit masih tidak berputus asa dan menghubungi kekasihnya memberitahu dia mahu menceraikan isterinya, namun rayuannya tidak diendahkan.

Catatan:

Kesanggupan seorang lelaki yg telah beristeri melakukan apa sahaja untuk mendapatkan seorang perempuan.  Persoalannya, adakah kerana cinta, nafsu, kebendaan ataupun suka-suka?

0 comments:

Post a Comment