Sajer

Thursday, March 24, 2011

Anak mengamuk ibu kahwin lain

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.

Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan.
 

Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.

Baca lagi klik sini

Catatan:

1.  Cemburu?
2.  Masih terlalu sayangkan arwah ayahnya?
3.  Kalau anak kecil yg masih mentah, kita mungkin faham bahawa dia takut kehilangan kasih sayang dari ibunya, tetapi kalau dah 'remaja tua'  -  (?)

1 comments:

Gen Fujita said...

Tak nak buat spekulasi perkara-perkara yang tak nampak.

Post a Comment