Sajer

Saturday, March 26, 2011

Baling asid

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.

Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.


Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.

Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sambungan klik sini

Catatan:

1.  Manusia semakin 'hilang akal?'
2.  Atau seronok melihat manusia lain 'menderita'?
3.  Atau hanya untuk melepaskan 'dendam' yg tidak kesampaian kepada orang lain?
4.  Hari-hari mendatang semakin menakutkan....!  (Baca:  Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya!!)

0 comments:

Post a Comment