Sajer

Monday, March 28, 2011

Jika aku seorang jutawan

Itu tajuk karangan semasa aku di Tingkatan 2.  Berbagai 'angan-angan' dicetuskan di dalam karangan tersebut.  Semuanya adalah 'impian' sahaja.

Aku selalu menerima SMS yang nombor telefon aku telah berjaya memenangai ribuan ringgit.  Aku balas SMS tersebut dengan menulis, "SILA HANTAR HADIAH TERSEBUT DENGAN SEGERA KEPADA SAYA".  Sehingga kini saya masih belum menerima hadiah tersebut.

Beberapa tahun dahulu, saya didatangai oleh seseorang yg 'memaksa' aku menggores sehelai kertas.  Dalam terpaksa aku pun menggores dan memulangkan kembali kertas tersebut kepadanya.  Tiba-tiba dia menjerit dan melompat-lompat sambil berkata, 'abang sudah kena satu juta ringgit...!!!"  Aroma dari mulutnya mengganggu saya, mungkin seminggu tak gosok gigi. 

'Abang sangat bertuah hari ini, nanti abang akan terkenal - masuk tv, masuk "sulat kaba".  Nanti abang jgn malu yer "olang" ambik gambar abang....'  Katanya masih terjerit-jerit gembira sambil menyebarkan aroma dari mulutnya.

Saya pandang mukanya lalu berkata, 'saya hadiahkan duit sejuta itu pada awak.  Awak ambiklah.  Lepas ni jangan kerja ini lagi, buat bisnes lain'.  Lalu saya ucapkan tahniah dan buat macam dia buat kat saya sebentar tadi, jerit-jerit, lompat-lompat dan ulang apa yang yg dia kata!!

Akhir sekali saya kata padanya, 'nanti jangan lupa beli berus gigi.....!!!!'


 

Saturday, March 26, 2011

Baling asid

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.

Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.


Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.

Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sambungan klik sini

Catatan:

1.  Manusia semakin 'hilang akal?'
2.  Atau seronok melihat manusia lain 'menderita'?
3.  Atau hanya untuk melepaskan 'dendam' yg tidak kesampaian kepada orang lain?
4.  Hari-hari mendatang semakin menakutkan....!  (Baca:  Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya!!)

Thursday, March 24, 2011

Anak mengamuk ibu kahwin lain

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.

Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan.
 

Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.

Baca lagi klik sini

Catatan:

1.  Cemburu?
2.  Masih terlalu sayangkan arwah ayahnya?
3.  Kalau anak kecil yg masih mentah, kita mungkin faham bahawa dia takut kehilangan kasih sayang dari ibunya, tetapi kalau dah 'remaja tua'  -  (?)